Rawang masin
Rawang masin

Rawang masin

Rawang masin,[1] atau rawang garam,[2] juga dikenali sebagai rawang garam pesisiran atau rawang pasang surut, ialah ekosistem pesisiran di atas zon pasang surut persisiran di antara daratan dan air masin yang terbuka atau air payau yang sentiasa digenangi ketika proses air pasang. Rawang masin ini didominasi oleh tumbuhan tahan garam yang padat seperti pokok herba, rumput, atau pokok renek.[3][4] Kehadiran tumbuhan ini yang berasal daripada daratan sangat penting kerana diperlukan dalam kestabilan rawang masin dalam memerangkap dan mengikat sedimen. Rawang masing juga memainkan peranan yang besar dalam siratan makanan akuatik dan sebagai penghantar nutrien ke perairan persisir pantai di samping memberikan perlindungan kepada pantai supaya garisan pantai tidak terhakis.[4]